Say NO To FIVIO

Selamat pagi semua. Alhamdulillah. Akhirnya permasalahan domain dan hosting dapat diselesaikan apabila Mummy dah berpindah ke hosting provider yang baru. Dua minggu blog dan webshop Mummy tenggelam tak timbul-timbul. Rasa macam dah fed up pon ada, rasa marah, amuk, macam-macam dah ni. Macamana tak bengang. Dah la tak boleh blogging langsung, lepas tu page views jatuh teruk jadi kosong O.. ;-(

Pada awalnya, ingatkan masalah biasa sahaja. Sebab dulu pon pernah terjadi dan mereka mengambil masa paling lama pon 2 hari untuk selesaikan masalah ini. Tapi kali ini lain pulak. 2 minggu?? Boleh bayangkan tak?? Google dah tak henti-henti hantar email "Googlebots Can't Access You Site" non stop. Email berkali-kali hantar kepada support email Fivio. Seorang reply macam ni seorang lagi reply macam lain. Malahan pernah buat satu panggilan ke Fivio pon katanya akan diselesaikan. Tapi lepas 2 minggu apa pon tak nampak pembaikan. Nak kata dah expired setahun tak pulak. Masih ada 5 bulan lagi. Memang rasa tertekan sangat. Uwaaaaaaaaaaaa!!!! Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok gambar di bawah sudah cukup macamana menggambarkan perasaan marah dan kecewa Mummy.

say no to fivio, fivio sucks, Jangan guna fivio sebagai webhost, fivio tak bagus, fivio mengecewakan, webhost paling teruk, worst domain hosting provider

;-(
Mummy Akmar

Projek Kad Istimewa Buat Cikgu - Tutorial "LOVE CARD"

Semalam, 16 Mei 2013 adalah Sambutan Hari Guru dan juga hari pertama Mummy kerja di UTC, Perak. Qashrin tak pergi sekolah pun supaya dia ada lebih masa dapat bersama Mummy bila nanti dah masuk kerja baru ni dah takde masa pulak. Alhamdulillah, dapat tempat yang baru dan selesa untuk bekerja. Di sana Mummy bertugas sebagai Eksekutif Pengurusan. Okaylah untuk permulaan walaupun gajinya biasa sahaja, pejabat ni agak besar juga sebab most of the time Mummy akan keseorangan di sini. Apa-apa pun bersyukur sebab Mummy ada meja sendiri dengan komputer dan internet berkelajuan tinggi (ini penting-ahahah), dalam pejabat ni juga sofa lounge di tepi meja ni, bilik mesyuarat dan juga bilik Pengerusi. Selalunya Mummy akan berada seorang di sini untuk memastikan kerja/laporan berjalan dengan baik. Main fokus kerja Mummy adalah fund-raising. Okay itu Mummy suka. Heeee~

Alamak tercerita panjang. Disebabkan semalam Qashrin ponteng sekolah lagi. Lepas balik kerja semalam, walaupun kepenatan sedikit kerana pada awal pagi tu Mummy terpaksa ulang alik ke sana ke mari naik tangga sebab nak selaraskan tempat letak kereta. Alhamdulillah dapat tempat parkir sendiri dan juga sempat buat ukuran untuk baju uniform UTC lepas balik kerja semalam. Sampai je rumah, terus kami berdua mandi-mandi segarkan badan ni nak cari hadiah untuk Cikgu-cikgu di Pusat Anak Permata Negara.

Mummy: Qashrin lepas ni, jom keluar cari hadiah untuk Cikgu. Beli kek untuk Cikgu yer? (Ingatkan nak pergi kedai kek, simpan kek dalam peti ais, esok pagi boleh terus bawak pergi sekolah
Qashrin: Taknak beli kek, nak beli Coklat untuk Cikgu Mira, Cikgu Anis, Cikgu Siti dan Cikgu Tia....
Mummy: Hmm okaylah. (Mulanya pergi ke kedai runcit depan ni nak cari ferrero rocher yang 3 ketul untuk setiap cikgu, tapi dah abis lah pulak. Terus kami ke Guardian. Tengok-tengok ada last ferrero gift pack)
Qashrin: Nak beli yang ini untuk Cikgu Mira (Cikgu Mira ni cikgu kesayangan dia, suka sangat dengan cikgu Mira. Tiap-tiap hari immitate Cikgu Mira. Nyanyi-nyanyi dan baca doa)
Mummy: Okay yang special ni kita beli untuk Cikgu Mira tapi Cikgu-cikgu yang lain macamana?
Qashrin: Amik yang ni mi...(Dia tunjjuk coklat Toblerone)

A ah, anak dara Mummy memang pandai memilih. Sebenarnya setahun lebih dah reti pilih nak itu nak ini. Hehehe. Bila nak bayar tu, Mummy tanya ada tak small wish card untuk di tulis ucapan Selamat Hari Guru. Tapi cashier tu cakap takder. So, Mummy pon buat lah wish card sendiri. Meh sini Mummy ajarkan tutorial ringkas. Jom tengok gambar-gambar Mummy & Qashrin Teacher's Day Gift Project:



 Mula-mula, Mummy potongkan 4 kertas A4 dan buatkan bentuk LOVE. Lepas tu, Mummy suruh Qashrin warnakan kertas-kertas yang dipotong berbentuk hati tu dengan crayon. Crayon tu dah lama beli, pakai sekali jer. So, Mummy suruh dia warnakan dengan menggunakan semua jenis warna yang ada. Kira macam corak abstract. Mummy cakap "Qashrin kaler semua jangan nampak petak-petak putih pon ok?"

 Si kecil ni dengan gigihnya warna kertas pertama berbentuk hati ni. Dengan pilihan warna yang dia suka.

Inilah hasilnya siap cakap "Dah siap mi..."

 So, now she is working on to the second card. 2 more to go. 

Warna jangan tak warna.. Sian dia berpeluh-peluh. Malam tadi agak panas cuaca. Bila dia rajin macam ni, Mummy pon puji "pandainya anak Mummy.." Qashrin jawab "dekat skolah pon pandai.." Hahahah kalau bercakap....petah bebenor eh.

Inilah hasil Kad Hari Guru Istimewa buatan sendiri projek bersama antara Mummy dan Qashrin. Lepas buat kad ni, terus Qashrin cakap "penatlah Mummy, nak minum air...."

Bila dah siap-siap...Mummy balutkan dengan reben yang ada. Belakang kad tu, Mummy tuliskan ucapan "Selamat Hari Guru" Dari: Qashrin. Bila dah siap, besar pulak Love Card ni. Nak potong buat kecil sayang pulak, penat si kenit tu kaler sampai berpeluh-peluh. So, Mummy amik double tape, lekatkan juga pada coklat-coklat ni.

Dah buat-buat siap Kad Istimewa Untuk Hari Guru, kami terus makan malam. Qashrin memang suka salmon goreng dengan nasi panas-panas. Banyak juga dia makan ataupun penat mewarna?. Hehehehe.. Mummy pon nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu dari Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Sekolah Main Convent, Ipoh, tak lupa juga Tutor dan Lecturer dari Multimedia University dan semua yang pernah mengajar dan mendidik Mummy ni. SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!! 

Xoxo,
Mummy Akmar

Sambutan Hari Ibu - Kad Pertama Dari El Qashrin Qaisara

My heart just melted when Qashrin gave me a Mother's Day Card which was designed by herself. She made the card for me!! Yeay!! *EXCITED* Yerlah my first ever Mother's Day Card. Mestilah macam *jakun* sikit. =p~ Hehehehe. Balik dari sekolah, saw her holding something walking towards the car. Then she gave me the card and said "Selamat Hari Ibu"..... (sejuk hati Mummy).

Qashrin's art work. <3 Thanks Sayang <3


 She said "Cikgu pegang tangan Qashrin tulis I LOVE YOU MUMMY" and cap jari tu pon dia kata cap jari dia sendiri. Cute sangat. Terima kasih Cikgu Mira dan Cikgu Anis yang ajarkan Qashrin buat Kad Istimewa untuk Hari Ibu....


Opah pon sangat teruja tengok kad yang Qashrin bagi dekat Mummy tu. Walaupun hari Jumaat dan Sambutan Hari Ibu adalah pada hari Ahad, terus Opah suruh Mummy hubungi adik beradik yang ada di Ipoh untuk makan malam di Royal Ipoh Club. Opah siap cakap "Hari Ibu patutnya korang belanja mak, ini terbalik". Hehehehe...Jadi, semua pon confirm datang makan malam Jumaat tu. Kiranya ini adalah advance mother's day celebration sebab hari Ahad tu kami dah plan nak masak nasi tomato, ayam masak merah dan pajeri nenas. Kakak pula nak bawak 2 biji coklat kek satu untuk Opah dan satu lagi untuk Maisarah. 

Seronoklah tu jalan-jalan. Suka sangat pergi ke sini. Posing dulu tu penting kan...Siap bawak botol air Minnie Mouse lagi. 

Kitaorang sampai dulu dan menunggu 15 orang yang lain datang. Perkara yang Mummy tersipu-sipu malu bila Qashrin masuk Idris Room ni dia boleh tanya "Mummy, takder pon orang nyanyi?" Terus Floor Manager depan kaunter tu jawab "Belum lagi dik, Live Band start pukul 9 malam". Hahahah Adoih Qashrin. Tergelak Mummy dengan abang tu. 

Menu kami biasa sahaja. Semua ala-carte. Ada yang makan chicken chop oriental style, ada chicken chop blackpepper sauce, ada pulak order lamb chop, bihun goreng, nasi goreng dan juga 1 ekor inchicabin. Tapi sebelum tu, semua dapat cream chicken soup sebab masing-masing tak berapa sihat. Lepas je semua abis makan. Macam biasa budak-budak ni akan turun berkeliaran buat macam rumah sendiri termasuk Qashrin. Anak Mummy tu siap menari-nari lagi tu. Ada rakam video dia tapi susah pulak nak upload dekat sini. Malam tu dinner takder dessert dan semua air suam. Sebab Keluarga abang satu famili batuk, keluarga kakak baru je baik demam dan batuk juga. Keluarga abang lagi satu anak-anaknya dah mula batuk. Semua pun minum air suam. Alhamdulillah, Qashrin masih bertahan sehingga hari ini.  Itulah lama sangat ber-blogging. Macamana dengan Sambutan Hari Ibu anda?


Xoxo,
Mummy Akmar

Jemputan Forum Dari The Social Media Chamber Dan Persatuan Pemuda Negara Malaysia

Assalam semua. Apa khabar semua pembaca blog Qashmere??. Memang saat ini blog Qashmere tak dapat di akses oleh sesiapa untuk proses pembaikan server. InsyaAllah keadaan akan baik pulih semula sediakala dalam masa terdekat. Hari ni dapat kesempatan nak update blog yang dah terbiar lama. Alhamdulillah esok, Mummy akan bermula kerja di tempat baru di UTC Perak untuk hari pertamanya. Semoga dengan perubahan dan pemilihan kerja ini dapat memberikan hari-hari yang lebih baik di masa akan datang. Amin....

Okay, Mummy tertarik dengan email yang Mummy dapat dari Persatuan Pemuda Negara Malaysia dan The Social Media Chamber Malaysia seperti di bawah. Forum ini bertajuk "Leading The Nation Forward Post GE13". Ada sesiapa yang dapat invitation dan pergi tak ke Forum ni? 


































Xoxo,
Mummy Akmar

Ber-Gwiyomi Sebelum Makan Steamboat Johnny's

Halluuuu! Apa khabar semua? Semoga sihat lah kan. Al kisahnya, konon nak diet lah Mummy ni. Lunch makan steamboat berturut-turut. Hahaha...Boleh ke ni? Takperlah usaha sikit-sikit. =P~ Lagi pun menu yang diambil semuanya tak berlemak. Sebab menu steamboat ni semuanya kena Sugar Free dan juga sayur-sayuran. Haritu, kami makan di Johnny's Jusco Ipoh bersama Opah dan Qashrin. Rasanya kami makan dua kali dalam satu minggu kemudian kami makan di Seoul Garden pulak. Kebanyakkan menu mestilah yang segar macam fillet ikan segar, ayam segar, sayur sayuran dan juga banyak tofu. Yang fish ball semua tu mesti letak gula. Mummy banyak kongsi dengan Opah cuma order crab stick dan ada la yang lain.

Cerita pasal diet ni, memang usaha nak diet. Tapi hujung minggu je makan makanan sedap-sedap. Yerlah home-cook memang ler sedap. Dah lama tak ber-blogging ni, tiap-tiap hujung minggu ada je menu yang menggemokkan. Sebab famili datang rumah makan. Kitaorang siap buat homemade burger kali kedua, lepas tu nasi tomato dengan ayam masak merah, lepas tu nasi minyak makan dengan ayam masak merah dan kari udang. Tu hari Sabtu je, belum lagi hari Ahad. Tak sempat nak menangkap gambornya, sebab awok sebok di dapor memasak. Kekekeke....

Saja nak kongsi gambar anak Mummy ni posing comel ber-Gwiyomi. Cute banget lah!! Muwah muwah muwahs....

 Tengok ni. Gwiyomiiiiiiiiiiiiiiii!!!

 Anak siapa tu? 

Ini tinggal ending-ending nya. Yang ni kali kedua kami makan kot. Kali kedua terlebih order pulak. Jenuh nak abiskan. Mummy pulak order nasi goreng. Masa pertama kali makan tu makan steamboat je. Jumlah bill RM30++ kali kedua ni bill jadi RM60++ Hehehe. 

 Qashrin cuba sedaya upaya jugak nak makan dengan chopstik. Tengok Mummy makan. Kali ni Qashrin makan tak banyak sangat berbanding sebelum ni. Sebabnya datang pelanggan cilik sebelah dia. Lebih main dari makan!! Ish Ish...

Dah ber-steamboat, teringin pulak nak makan sushi. Sementara tunggu order sampai, terjah ke Sushi King. Hmm biasalah orang perempuan, tiap-tiap bulan ada je teringin nya. Pilih-pilih dapat ler set ini freshly made hanya RM10

Okaylah setakat ini dulu. Semoga semuanya gembira dan mendapat rahmat dari Allah. Tertiba ending macam muslimah sikit. Heee~ Okay Byeeeeeeeeeeeeeeee!! Xxxxx

Xoxo 
Mummy Akmar

Trip Ke Terengganu - Cuti Sekolah Bulan March Part 2

Ahaa, nak sambung cerita dari Part 1 ke Terengganu itu hari. Kebanyakan gambar tersimpan dalam FB. Bila  tengok balik, dari mana lah nak mula cerita. Macam nak masukkan semua gambar, tapi tak lalu lah pulak. Blogging ni pun kadang-kadang ikot mood jugak. Kalau lah mood ke laut tu, apa pon tak tertulis dekat sini. Kadang-kadang tulisan menjadi merapu-rapu. Hahaha...Okaylah janji pembaca blog Qashmere ni takdelah boring menunggu posting terbaru atau pun terbekanglai je.

Cerita dari Part 1 di SINI, kami bertolak ke Terengganu pada 25 March jam 7 pagi. Kami bergerak menuju ke Lebuhraya Karak. Sebelum tu kami singgah sarapan pagi di McDonalds. Memang riuh rendah sikit sebab dengan kerenah budak-budak. Kami order 5 family set sarapan pagi. Kesian Qashrin, pagi-pagi dah bangun awal untuk mandi. Perjalanankan jauh, jadi memang nak taknak kena mandi awal pagi pukul 6.30pagi. Semestinya mandi air panas kalau tak menggigil nangis ler dia.

Pagi-pagi riuh dah tempat ni. Dengan Qashrin nak main sudu garfu nya. Sabor jelah Mummy

Muka monyok pepagi. 

 Lepas 5 minit, enjin dah panas ler tu.

Dah semua kekenyangan, kami teruskan perjalanan. Mummy naik kereta Ayah Yob. Hmm pepaham ler kalau abang Mummy tu yang bawa kereta, lajunya Allah sahaja yang tahu. Kata dia mesti kelajuan kereta ni mesti dibawa dalam tempoh 1 minute 1km. Naik kereta BMW 5 series mau nak terberanak rasanya. Teringat balik masa pengalaman dulu, mengandungkan Qashrin seawal 2 bulan. Kami ke Kuantan tidur di Swiss Garden. Mula-mula, Mummy duduk di depan, dia bawak kereta punyalah laju, sampaikan terasa macam naik roller coaster gayatnya. Dah cramp bahagian bawah perut. Setiap selekoh dari jauh Mummy dah pegang dashboard rasa gayat. Last-last suruh dia berhenti tepi tukar duduk dibelakang. Barulah boleh bernafas. Kalau tak, mau rasa nak tercabut nyawa. Itulah kesan pembawakan budak. Eh, terciter zaman dulu-dulu pulak. Okay berbalik cerita ni. Disebabkan semua dah mengantok yang amat. Dah perkena macam-macam dekat McDonalds tadi, kami semua mata kuyu kuyu ada yang dah tidur. Ayah yob pula terpaksa buat auto cruise sebabnya dua kereta lagi tertinggal di belakang. Boleh pulak time Mummy dah tidur, terdengar orang berdengkor. Rupanya, abang Mummy tu dah half way nak tutup mata. Ya Allah......dalam tengah tidur tu nasib baik Allah nak tolong kot. Hahaha..Okay tak la lawak sangat, tapi keadaan waktu tu memang lawak jugak. Terjerit Mummy, tercakap "siapa yang berdengkur tu". Sebabnya dengkuran motorboat tu amat familiar. Terus kami berhenti di R&R tepi tu bagi dia tidur kejap. Katanya, mata mengantok sebab bawak slow. Rokok pulak jarang hisap sebab Mummy bising. Dah tu, takperlah isaplah 20 kotak pon asalkan kami selamat sampai. Adoih!! 

Perjalanan diteruskan sehingga kami sampai di Kuantan untuk makan tengahari di sana. Tempat yang kami nak tuju ni nak pekena ikan patin gulai tempoyak. Kali ini, anak-anak saudara ada yang makan ada pulak tak makan. So, bila nak bayar bill tu tak mahal sangat sebelum yang kami pergi dulu time Mummy pregnant. Macam-macam kami makan, dekat sini yang sedap tempoyak ikan patin, ikan patin goreng garing dan lauk-lauk dia semua sedap-sedap. Kedainya tersorok sedikit depan sungai besar tu. Nama jalan tak sure tapi ada Mummy tangkap signboard kedai ni. 

Dekat sini, banyak menu-menu di hidangkan samada nak amik campur dengan nasi atau pon berhidang.

 Haa, bukan senang nak dapat ikan patin masak gulai tempoyak ni. Kitakan orang Perak. Ikan dia memang tak hanyir bukan ikan bela tapi ikan tangkap sungai.

Gambar ni dituju khas untuk reader semua. Hahaha. =p~ *takot*

Dah semua kekenyangan, perjalanan kena diteruskan. Memang jauh nak ke Terengganu. Tapi memang seronok sangat tengok permandangan. Tak sempat nak merasa sata dan jelly kelapa. Sebabnya Ayah Yob kira nak pecut jer kerjanya. Laju betul dia bawak. Nak terberanak lagi sekali rasanya. Hahaha. Sampaikan lori dah bukak lampu. Aiseyman. Tak lalu. Rasa nak termuntah. Jalan punya jalan, sampai ke satu stesen minyak petronas. Rasanya lepas Kerteh kot. Berhenti mintak tukar naik kereta kakak. Kereta Perdana. Lega sikit. Kalau tak perut rasa nak tercabut. Heeeee.....Kali ini kakak pergi dengan maid dan dua anaknya. Sebab suaminya bertugas siang malam. Kira salute jugaklah dia berani bawak kereta sampai ke sini. Kalau Mummy memang tak lalu!!! Perjalanan memang best bila dapat tengok laut di tepi jalan. Memang best!!! Sukanya...dan lebih menarik lagi, sepanjang perjalanan nampak bendera BN dan PAS. Sampaikan atas bukit pon diorang sanggup pasang. Disetiap simpang lampu isyarat penuh dengan bendera parti parti politik. Macam berpakat pulak diorang. Satu BN satu PAS/Keadilan. 

 Menenangkan mata. Bestnya kalau ada kampung macam ni

 Laut biru sepanjang perjalanan.

Bendera parti politik berkibar. Awal-awal lagi dah berkempen. 

Banyak lagi gambar yang di ambil, yang paling menakjubkan tempat penapisan minyak di Kerteh (jakun). Hehehe. Gambar tak dapat nak masuk dekat sini sebab belum upload ke FB. Huhuhuhu..... Jalan punya jalan, tiba-tiba, kereta abang lagi seorang pancit pulak. Berhenti kami di tepi jalan yang berhutan. Seram jugak. Takot sebab takde rumah langsung. Nasib baik kereta tak banyak sangat. Terpaksa lah buat permindahan. Ada yang naik kereta Ayah Yob ada yang naik kereta Mak Der. Barang semua kena keluarkan nak tukar dengan tayar gantian. Itulah tragedi yang tak disangka. Berjalan terus sehingga kami nampak pekan di kampung tu. Terus ke kedai tukar tayar. Sebabkan risau abang tukar dua tayar belakangnya dengan tayar baru sebabkan perjalanan masih jauh. Rasanya waktu tu dah pukul 4 petang lebih. Kami belum lagi sampai hotel

 Alhamdulillah sampai juga Primula Beach Resort Terengganu dalam 5 petang.

 Kami ambil 3 bilik dan semua Garden View. Dan setiap bilik diberi 1 extra bed. Bilik ni agak luas juga. 

 Bilik Mummy ni share dengan kakak. Anaknya dua orang, sorang tidur atas katil extra sorang lagi tidur atas lantai yang berlapik dengan maid. Mummy tidur atas katil dengan kakak. Qashrin pula tidur atas baby cot. Boleh malam-malam, Qashrin merangkak keluar dari baby cot, nak tidur atas katil. Hmm...ichin ichin..

 Penuh makanan sampingan kami bawak. Macam-macam ada...

 Garden view yang tak berapa nak garden je..

Sesampai je, ada yang swimming dulu. Qashrin tak swimming just tengok tengok je. Malam pula kami ke restoran untuk makan malam. Ada siakap tiga rasa, tomyam, sotong masak cili, telur dada, daging merah dan air sirap bandung. Tengok tu, Qashrin si angkasawan cilik. Sut besar ke apa ni. . Hahaha =p~

Malam tu waktu makan, budak-budak semua dah mengantok kepenatan. Nasiblah bilik kami ni ada macam-macam makanan. Lepas swimming mesti lapar. Dah lapar makan-makan di bilik sampai je restoran dah tak nak makan. Jenuh nak abis makanan. Nanti Mummy sharekan gambar makanan. Nak tengok dalam hp ke ipad. Banyak gambar tak dimasukkan. Okaylah setakat ini je dulu. Esoknya, kami ke Kampung Losong beli keropok losong 3 paket yang dah siap digoreng nak makan di Hotel nanti. Sebelum tu kami ke Masjid Kristal dan juga ke Muzium Negeri Terengganu siap naik kereta bergerak lagi. Sangat mengujakan tapi penat. Balik ke Hotel, kami singgah pantai dulu naik kereta kuda yang macam Cinderella Carriage tu dan beli jagung bakar. Best.........Okaylah, setakat ini dulu. Paham ke uolls? Hehehe


Xoxo
Mummy Akmar

Kena Bekerja Di Cuti Hari Pekerja

Hari ni 1 Mei 2013 satu Malaysia cuti. Ada seorang pekerja ni tak cuti. Kerjanya memasak jer. Malam sebelum tidur masak. Pagi-pagi pun memasak. Belum sempat mandi dah memasak ni. Aih senangnya ada tukang masak atau chef ni. Siapa agaknya yer?

Siapa lagi kalau bukan tukang masak cilik atau Junior Master Chef Mummy ni. Biasalah dapat mainan baru, berkepit ler dengan mainan ni. Sampaikan cousin-cousin yang main Ben10 pon terpedaya dengan Kitchen Set ni. 
Kitchen Set yang dibeli oleh Mama Achik.

 Dia kata penat berdiri masak. So, pakai kerusi duduk ler Mummy senang sikit nak masak. Amboi anak dara Mummy ni...

 Bangun pagi-pagi, masak dulu. Walaupun cuti Hari Pekerja, Qashrin tetap kerja jadi Chef. Haha...

Selamat Hari Pekerja!!

Xoxo
Mummy Akmar

Makan Nasi Arab 3 Kali Dalam Satu Minggu Di Hadramaot Paradise, Ipoh

Assalam semua. Bertemu kembali. Asyik-asyik bertemu kembali sebabnya rasa dah lama tak menulis ni. Kekekek~ Inilah nak cerita sikit pasal makanan Arab dari Yemen ni. My mom dah ketagih makan di sini. Minggu lepas, pertama kali kami cuba makan di Restoren Hadramaot Paradise depan Silveritage Hotel. Restoren ni dah lama jugak dibuka tapi belum pernah kami cuba. Pertama kali kami makan di situ, soalan pertama yang akan di tanya "ada letak gula tak?" Hahaha...Bukannya apa, kesian dekat Opah takot paras gulanya naik pulak. Nasib baik, lepas makan memang paras gula normal.

Bila dah rasa nasi Arab ni. Sedap lah pulak. Nasi beriyani basmati lembut dan ayam dia boleh tahanlah. Itulah pasal Opah suka makan dekat sini. Sampaikan 3 kali kami makan disini dalam satu minggu. Dalam minggu ni, kami akan pergi beramai-ramai sebab Opah nak belanja semua. Pilihan ke Restoren Hadramaot Paradise ni adalah di atas permintaan Opah. Opah ni dok ajak ke sini. Dah ketagih ler pulak Opah ni. 

Kali Pertama Makan
Kami order 1 chicken mandy rice dan lagi satu l lamb mandy rice, air apple tanpa gula dan air kosong untuk Mummy. Akhir sekali Mummy order pencuci mulut cream caramel.





Kali Kedua Makan
Opah ajak lagi sekali makan di sini. Teringat pulak dekat Qashrin. Ambil Qashrin dulu di sekolah. Sekolah separuh hari je dia hari tu. Makan dekat sini. Kali ini, Mummy order yang lain, chicken kabsa rice kita share je bertiga, mulawah bread yang di makan dengan fahsa chicken (hot plate) dan humus. Air pula Jamaica juice untuk Mummy, untuk Opah apple juice tanpa gula. Akhir sekali, orderkan cream caramel untuk Qashrin. Pencuci mulut kegemaran dia.











Kali Ketiga Makan
Kali ni kami makan pada hari Jumaat minggu lepas. Haritu Qashrin pula memang tak sekolah sebabnya hari tu adalah hari berjumpa dengan ibu bapa untuk perkembangan anak-anak Permata ni. Qashrin siap bertudung dan pakai maxi dress sebabkan hari Jumaat. Tapi tak sempat nak snap photo. Kali ni, kitaorang order lagi banyak. Hehehe. Mulawah bread, chicken fahsa, chicken mandy rice, lamb kebab. Air pula, Opah macam biasa apple juice tanpa gula, Mummy pulak order lemon mint. Dah abis makan dan bayar, tiba-tiba Qashrin minta pencuci mulut. Belikan juga cream caramel dia.





Seminggu lepas penuh dengan kalori. Tapi ada orang kata, nasi beriyani ni memang kurang kanji dan gula. Menu pulak takde yang bergoreng. Yerker? Ntahlah...Hahaha...Ermm dah ler seminggu sebelum tu, kami makan Johnny's dan Korean BBQ. Aduih...Uwaaaa camner nak diet? Tibe-tibe menyesal. Heeee~ 

Xoxo,
Mummy Akmar